salam ..harap dapat ulas artikel ni...
tajuk:taksiran keperluan penguasaan teknologi maklumat di kalangan guru sains dalam perkhidmatan
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf
diperoleh dari institut perguruan batu lintang sarawak
artikel ini adalah bertujuan menentukan tahap keperluan penguasaan teknologi maklumat dalam aspek pengetahuan ,kemahiran dan latihan.Didapati tahap pengetahuan dan latihan guru-guru sains ini di tahap sederhana.Program latihan yang tersusun dan komprehensif perlu dilakukan untuk menambah pengetahuan asas dan penggunaan teknologi maklumat guru sains dalam perkhidmatan bagi mempelbagai teknik pengajaran
Contoh Soalan peperiksaan kafa tahun 2
8 years ago
Assalamualaikum warahmatullah….
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan penulis artikel.Dewasa kini, guru-guru sains dibekalkan pelbagai alat bantu mengajar seperti
projektor multimedia, skrin, pembesar suara dan troli. Walau pun semua infrastruktur teknologi maklumat telah diadakan, tetapi apakah keperluan sebenar guru dan pihak pentadbir sekolah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains ketahap bestari?
Artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak pentadbir sekolah merancang latihan dalam perkhidmatan secara berterusan di dalam meningkatkan aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat di kalangan guru. Pihak pentadbir juga boleh menilai tahap pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi maklumat menggunakan soalan soal selidik dalam artikel ini sebagai panduan sebelum merancang aktiviti peningkatan tahap profesionalisme guru, bukan sekadar membekal alat bantu mengajar malah tunjuk ajar menggunakan peralatan tersebut amat penting.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap keperluan penguasaan teknologi maklumat dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan latihan adalah besar. Dapatan latar belakang guru-guru sains seperti pengalaman mengajar, umur dan kelulusan akademik merupakan faktor yang signifikan terhadap keperluan penguasaan teknologi maklumat. TQ.
Saya bersetuju bahawa kemantapan penggunaan teknologi maklumat sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran juga pentadbiran dan pengurusan sekolah. Pendidikan dan latihan guru yang sistematik merupakan langkah penting untuk memastikan kemahiran dan pengetahuan teknologi baru di dalam kurikulum sains dan matematik dapat diimplementasikan. Keperluan penguasaan teknologi maklumat amat perlu dilakukan, agar segala kemudahan yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan terutama infrastuktur teknologi maklumat dimanfaat sepenuhnya oleh guru-guru-sains sebagai media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Melalui taksiran keperluan penguasaan teknologi maklumat, pihak pentadbir sekolah dapat mengenal pasti jurang (jurang antara keadaan sekarang dan keadaan yang diperlukan) di dalam usaha memperbaiki penguasaan teknologi maklumat dengan berkesan. Menaksir keperluan penguasaan teknologi maklumat secara menyeluruh bermakna mendapatkan maklumat yang luas dan kefahaman yang mendalam di dalam membuat keputusan untuk memperbaiki tahap penguasaan teknologi maklumat guru.
ReplyDeleteArtikel yang bertajuk keperluan penguasaan teknologi maklumat di kalangan guru sains dalam perkhidmatan oleh Nazamuddin Bin Alias amat membantu guru-guru meningkatkan proses pengajaran dan pembalajaran.keperluan penguasaan teknologi maklumat adalah berdasarkan tahap keperluan guru-guru sains terhadap pengetahuan, kemahiran dan latihan. Dapatan menunjukkan tahap keperluan penguasaan teknologi maklumat dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan latihan adalah besar. Dapatan latar belakang guru-guru sains seperti pengalaman mengajar, umur dan kelulusan akademik merupakan faktor yang signifikan terhadap keperluan penguasaan teknologi maklumat. Persoalan kajian dan hipotesis telah dijawab di dalam kajian ini. Dapatan menunjukkanbahawa majoriti guru-guru sains memerlukan tahap keperluan pengetahuan, kemahiran dan latihan yang tinggi agar mereka dapat mengusai teknologi maklumat dan seterusnya dapat diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah. Dengan adanya kajian ini,guru -guru yang tidak dapat menguasai teknologi maklumat dengan baik dapat dikenalpasti oleh pihak sekolah dan sekaligus dapat membantu pihak pentadbir sekolah merancang latihan dalam perkhidmatan secara berterusan di dalam meningkatkan aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang dinyatakan sebagai berkeperluan tinggi oleh guru-guru sains yang terlibat di dalam kajian ini.
ReplyDeleteTetapi keperluan ini bukan hanya boleh dipenuhi dengan latihan dalam perkhidmatan sahaja, tetapi juga memilih guru-guru sains dilatih untuk menjadi ko-ordinator komputer yang bertanggungjawab terhadap pembangunan pengkomputeran di jabatan sains di sekolah. Ini akan melibatkan latihan jangka panjang kepada guru-guru sains secara berterusan dan ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan guru-guru sains menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Pengetahuan teknologi maklumat mempunyai kaitan dengan kemahiran penggunaan teknologi maklumat. Untuk meningkatkan kemahiran maka latihan adalah diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keperluan secara keseluruhan kajian didapati pada tahap yang besar dan sangat besar. Ini menunjukkan bahawa latihan yang menjurus kepada penambahan pengetahuan, yang sekaligus meningkatkan kemahiran perlu di adakan. Latihan ini bukan hanya secara berkala, tetapi mesti berterusan. Pengetahuan asas teknologi maklumat seperti memahami terminologi asas teknologi maklumat termasuk rangkaian hubungan dan pengajaran berpandukan komputer juga perlu dipertingkatkan. Manakala kemahiran operasi seperti penginstalasian perisian, mengimbas dokumen, mencetak dan penggunaan perisian aplikasi seperti pemprosesan kata, hamparan elektronik dan pangkalan data juga perlu dipertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan latihannya. Kemahiran terhadap aplikasi perisian di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains juga perlu dilakukan. Ini memandangkan banyak perisian sains yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Maka adalah penting guru-guru sains berkemahiran menggunakan perisian aplikasi ini sebagai bahan bantu mengajar mata pelajaran sains semasa di dalam bilik darjah.Dengan adanya penguasaan guru-guru di dalam teknologi maklumat akan dapat meningkatkan lagi pemahahaman pelajar-pelajar di dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran sains.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteArtikel ini dapat membuka mata banyak pihak bahawa kemahiran teknologi sangat penting dalam P&P terutamanya Sains serta Matematik kerana dua subjek ini merupakan subjek yang memerlukan penelitian yang mendalam dari segi bahan pembelajaran serta kaedah yang tertentu bagi membantu meningkatkan mutu pengajaran mahupun pembelajaran di peringkat rendah dan menengah.
Guru-guru perlu mahir mengaplikasikan bahan yang sedia ada dan juga teknologi dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian pelajar.